Tuesday, 29 May 2012

sedari lah...



Berkahwin bukanlah ubat kuat untuk mengelak maksiat kemaluan seperti zina, ia hanyalah satu bentuk penyempurnaan tuntutan fitrah.

NAMUN apabila fitrah sudah dicemari oleh NAFSU, kahwin TIDAK mampu mencegah maksiat, hatta berkahwin empat sekalipun. Yang mampu mencegah zina adalah IMAN DI HATI dan FIKIRAN.

Jika itu dicapai, tanpa berkahwin, seseorang itu MAMPU jauhi maksiat. Puasa mampu mencegah maksiat bukan kerana tidak makan minum, NAMUN kerana keimanan seseorang itu bertambah, lalu kuatlah taqwa & fikiran akhiratnya.

-Ustaz Zaharuddin-


hati perempuan tiada siapa tahu,,

kita tidak tahu apa yang Allah s.w.t tahu...

hayatilah..:)

HARI JUMAAT ADALAH PENGHULU SEGALA HARI...



Diriwayatkan daripada Muslin Bin Abdullah daripada Sa'id bin Jubair, daripada Anas bin Malik r.a, dia berkata: "Baginda Rasul S.A.W ditanya oleh sahabat tentang hari Jumaat. Maka jawab baginda nabi: Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan".


Sahabat bertanya: "Mengapakah dikatakan dengan demikian itu Ya Rasulullah?".


Jawab Nabi: "Kerana bahawasanya nabi-nabi ramai yang bernikah pada hari itu".
Sebahagian ulamak berkata: "Ada 7 pernikahan yang dilakukan oleh para nabi dan auliya' pada hari Jumaat iaitu:


1. Pernikahan Nabi Adam a.s dan Hawa
2. Pernikahan Nabi Yusof a.s dan Zulaikha
3. Pernikahan Nabi Musa dan Shafuro"
4. Pernikahan Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis
5. Pernikahan Nabi Muhammad S.A.W. dan Khadijah r.a
6. Pernikahan Nabi Muhammad S.A.W. dan Siti Aishah r.a
7. Pernikahan Ali bin Abu Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra r.a

productive muslim..:)

antara tempat yang tercantik di dunia..